Ahad ni saya akan menyambung kursus EDICT saya selama seminggu di PNB Ilham Resort, Port Dickson.Kalau ikutkan hati, rasa berat nak pergi memandangkan keadaan saya kini yang tidak berapa sihat..Cuma bila saya fikirkan pengalaman dan ilmu yang saya akan perolehi daripada kursus ini cukup banyak..itula yang memberi kekuatan kepada saya.Kesian pada suami saya yang terpaksa berulang alik setiap minggu menghantar anak dan isteri..he3.(Terima kasih ye buat suamiku kerana bersabar dengan karenah isterinya ini..maklumla belum pandai memandu kereta sendiri..)
Apa yang terfikir di benak saya ialah sebagai seorang guru, memang kita perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan kita..maklumla kita sekarang ni berhadapan dengan pelajar yang bermacam-macam latar belakangnya..Ada yang berotak 'genius',ada yang menerima sahaja apa yang diajar oleh gurunya dan ada yang langsung tak boleh diajar.hmmm....
Bukan apa, kadang-kadang saya pelik kenapa pelajar sekarang lebih susah dibentuk dan diajar berbanding dulu...Adakah guru sekarang tidak pandai mengajar atau mendidik? Inilah cabaran guru masa kini yang sentiasa menghantui fiiran saya. Apapun, saya sentiasa berdoa mudah-mudahan anak-anak didik saya berjaya dunia dan akhirat walaupun ada di antara mereka yang pernah mengguris hati saya..Bagi saya, InsyaAllah suatu hari nanti mereka pasti akan sedar dan tahu pentingnya Ilmu dalam kehidupan..
Posted by
chegu iz
Labels:
Catatan Admin
0 comments:
Post a Comment